- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Khutbah
- Hijrah - Pintu perpaduan ummah
Hijrah - Pintu perpaduan ummah
18 July 2025
Islam menyeru kepada masyarakat yang menyemai kasih di tengah kepelbagaian. Di dunia ini, kita diamanahkan menjadi pembawa rahmat dan penyeru keadilan. Bukan sekadar sesama Islam, tetapi untuk seluruh umat manusia, tanpa batasan.

Islam yang sebenar mendorong manusia untuk mengenali, bukan mencaci. Islam mendidik kita menghormati, bukan membenci. Islam meletakkan kemuliaan pada mereka yang bertakwa, yang tunduk pada keagungan Allah, dan menuruti perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
Lidah kita adalah nikmat dan amanah daripada Yang Maha Esa. Gunakanlah ia dengan sebaiknya. Tuturkanlah kata-kata yang menggembirakan lagi menyatukan. Layanilah sesama kita dengan hormat dan ihsan, kerana di situlah letaknya benih keharmonian.
Download Hijrah - Pintu perpaduan ummah [PDF, 312 KB]
Download Hijrah - Pintu perpaduan ummah (Jawi) [PDF, 251 KB]