Iman, persaudaraan dan kekuatan bersama
23 January 2026
Rasulullah s.a.w. memahami kesan persaudaraan dalam pengabdian, kerana persaudaraan berteraskan keimanan akan saling mengingatkan, mendorong, menyokong dan menegur dengan hikmah dalam usaha meraih keredaan Allah.

Baginda s.a.w. peka bahawa untuk kekal istiqamah secara bersendirian adalah jauh lebih sukar, terutamanya dalam keadaan penuh ketidaktentuan, kesukaran dan ujian berat yang menghimpit masyarakat Islam ketika itu. Oleh itu, perjanjian persaudaraan ini dilaksanakan sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah.
Umat Islam terdahulu telah menunjukkan semangat kebersamaan dalam hubungan sesama mereka. Oleh itu, dalam kehidupan kita dan dalam apa sahaja bidang yang kita ceburi, terapkanlah semangat untuk membantu sesiapa di sekeliling kita dan berlumba-lumba menabur sumbangan.
Download Iman, persaudaraan dan kekuatan bersama [PDF, 364 KB]
Download Iman, persaudaraan dan kekuatan bersama (Jawi) [PDF, 250 KB]
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)