Islam dan budaya
24 April 2026
Budaya adalah suatu kebiasaan yang diwarisi turun-temurun, sama ada dalam bentuk pertuturan atau perbuatan, yang disandarkan pada suatu kaum atau bangsa. Terkadang, berlaku percampuran antara budaya dengan pengamalan agama.

Hukum asal pengamalan budaya tertentu adalah harus atau dibolehkan, dengan syarat ia selari dengan panduan syariat Islam.
Ini kerana Islam bukanlah agama yang anti-budaya. Sebaliknya, Islam hadir untuk memperhalusi budaya agar selari dengan nilai keimanan. Para ulama menjelaskan bahawa hubungan antara Islam dan budaya dapat difahami melalui beberapa pendekatan:
Pertama, terdapat amalan budaya yang diiktiraf dan disokong ajaran Islam.
Kedua, terdapat juga amalan budaya yang diperbetulkan oleh Islam.
Ketiga, terdapat juga amalan budaya yang ditolak dan dihentikan oleh Islam.
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)