Islam dan kesejahteraan diri
9 October 2026
Islam prihatin terhadap penjagaan kesejahteraan diri. Ia bukanlah bererti kita mementingkan diri sendiri, bahkan ianya adalah asas untuk kita terus saling menyantuni.

Emosi seperti kelesuan mahupun kesedihan bukanlah tanda kelemahan iman. Al-Quran merakamkan bahawa para nabi turut melalui pasang surut emosi, daripada kepiluan Nabi Muhammad s.a.w. apabila dicerca kaumnya, kepada perasaan cemas Nabi Musa a.s. ketika berdepan ahli sihir Firaun.
Kita tidak wajar terus memendam dan menafikan emosi yang dialami, sehingga jiwa kita menjadi tertekan dan tandus, kerana pasang surut emosi itu adalah fitrah manusiawi yang diiktiraf oleh Allah s.w.t.
Download Islam dan kesejahteraan diri [PDF, 302.60 KB] (opens in new tab)
Download Islam dan kesejahteraan diri (Jawi) [PDF, 373.83 KB] (opens in new tab)
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)