Israk dan Mikraj – Iktibar tentang masa
16 January 2026
Antara iktibar yang kita perolehi daripada peristiwa Israk dan Mikraj adalah tentang kepentingan nilai masa. Satu malam yang melahirkan seribu pengertian dan pedoman, menjadi titipan buat kita hingga ke akhir masa.

Islam memberikan kepentingan kepada nilai masa. Allah bersumpah dengan pelbagai bentuk masa dalam Al-Quran. Ini termasuk lafaz: Wal-‘Asr, Wal-Fajr, Wad-Dhuha, Wal-Lail, dan seumpamanya. Hakikatnya, ia mengingatkan kita bahawa masa adalah nikmat yang amat berharga.
Masa yang telah berlalu tidak mungkin kembali. Tetapi masa yang masih ada di hadapan kita adalah peluang untuk tidak mengulangi kesilapan lalu. Oleh itu, aturlah masa kita dengan sebaiknya.
Download Israk dan Mikraj – Iktibar tentang masa [PDF, 360 KB]
Download Israk dan Mikraj – Iktibar tentang masa (Jawi) [PDF, 249 KB]
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)