Malay/Jawi
Istita’ah dalam ibadah
22 May 2026
Istita’ah ialah kemampuan dan keupayaan untuk melaksanakan tuntutan Islam dengan sebaik mungkin.

Konsep istita’ah yakni berkemampuan atau berupaya itu terkandung dalam setiap rukun Islam selepas dua kalimah syahadah.
Apabila kita berdepan dengan kesukaran mengerjakan ibadah kerana tiada atau kehilangan kemampuan (istita’ah), penting untuk kita mengingati tiga perkara berikut:
Istita’ah adalah sebahagian daripada ketentuan Allah.
Kekurangan istita’ah tidak bermakna kekurangan peluang beramal
Kekurangan istita’ah bukan bermakna kurangnya kasih sayang Allah
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)