Kelembutan jiwa: Penawar ketegangan
20 November 2026
Keindahan hati dan akhlak Nabi s.a.w, walaupun dikasari, beliau tidak membalas dengan kekerasan, atau menjadikan sifat kasar lelaki itu alasan untuk membalasnya dengan kekasaran juga. Sebaliknya, Nabi s.a.w. menunjukkan sifat yang menjadi penawar ketika berlaku ketegangan, iaitu kelembutan.

Kelembutan jiwa Nabi s.a.w. tidak bererti kita perlu bersikap pasif dan menanggung penderitaan dalam diam. Kelembutan tidak bermakna kelemahan, bahkan ia sebenarnya adalah kekuatan. Kekuatan menahan marah dan kemampuan untuk bersabar.
Nabi s.a.w. memiliki kekuatan fizikal dan kedudukan sosial untuk menghukum Badwi tersebut. Tetapi Nabi s.a.w. memilih untuk bersabar kerana tahu lelaki itu bertindak atas dasar kejahilan, bukan kerana berniat jahat. Namun apabila batasan dilanggar atau golongan yang lemah ditindas, Nabi s.a.w. adalah orang pertama yang berdiri tegas menuntut keadilan.
Download Kelembutan jiwa: Penawar ketegangan [PDF, 264.84 KB] (opens in new tab)
Download Kelembutan jiwa: Penawar ketegangan (Jawi) [PDF, 325.21 KB] (opens in new tab)
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)