Kepelbagaian: Bersama menuju kecemerlangan
17 July 2026
Allah s.w.t. meletakkan kepelbagaian manusia seiring dengan penciptaan langit dan bumi sebagai tanda kebesaran-Nya. Ini menunjukkan bahawa perbezaan bangsa, bahasa dan budaya bukanlah sesuatu yang perlu dipandang dengan rasa curiga atau dijadikan sebab untuk bertelagah lalu berpecah. Sebaliknya, ia adalah sunnatullah yang mengajak kita mengenali kebesaran Sang Pencipta.

Islam bukan sekadar mengajar kita menerima hakikat bahawa manusia diciptakan dengan pelbagai latar belakang. Islam juga membimbing kita mengurus kepelbagaian itu dengan nilai-nilai yang membangun.
Kecemerlangan itu tidak lahir hanya kerana faktor wujudnya kepelbagaian semata-mata. Namun, ia lahir apabila kepelbagaian itu dipandu oleh nilai-nilai yang dijunjung agama, seperti memartabatkan ilmu, sikap amanah, serta keinginan untuk membawa manfaat kepada masyarakat. Ini satu pengajaran penting buat kita. Kepelbagaian akan menjadi rahmat hanya apabila manusia memilih untuk bekerjasama dalam perkara yang membawa kebaikan.
Download Kepelbagaian: Bersama menuju kecemerlangan [PDF, 324.08 KB]
Download Kepelbagaian: Bersama menuju kecemerlangan (Jawi) [PDF, 314.61 KB]
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)