- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Khutbah
- Ketabahan di sebalik kepayahan
Ketabahan di sebalik kepayahan
26 September 2025
Adakalanya ujian adalah kafarah atau balasan daripada Allah s.w.t. Tetapi ini tidak bermakna setiap ujian yang menimpa merupakan satu hukuman, atau mungkin dilihat sebagai satu penghinaan ke atas diri kita.

Para anbiya, yang seharusnya kita jadikan teladan, menghadapi ujian-ujian tersebut dengan صَبْرٌ جَمِيل (sobrun jamil) – sebentuk kesabaran yang indah, tiada rungutan, malah penuh pengharapan kepada Allah s.w.t.
Dari contoh-contoh ini, dapat kita simpulkan bahawa seorang Mukmin tidak berputus asa ketika berdepan dengan krisis dan cabaran hidup. Seorang yang beriman akan mendakap erat keimanan yang dilafazkan, dan sekali lagi memperhalusi hakikat sifat sabar.
Download Ketabahan di sebalik kepayahan [PDF, 379 KB]
Download Ketabahan di sebalik kepayahan (Jawi) [PDF, 314 KB]