Khutbah Aidilfitri: Kehidupan dunia: Medan ujian untuk manusia
21 March 2026
Kejayaan kita menyempurnakan ibadah pada bulan Ramadan bukan hanya bergantung kepada usaha diri kita sendiri sahaja. Sebaliknya, ia adalah atas rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. terhadap sekalian hamba-hambanya.

Para ulama menjelaskan bahawa syukur ke atas nikmat itu tidak terletak pada lidah sahaja. Perhatikan huraian berikut:
Pertama, rasa syukur harus terbit dari hati yang yakin dan pasti bahawa setiap kelebihan dan nikmat datang daripada Allah. Hanya kepada-Nya kita meletakkan doa dan harapan.
Kedua, rasa syukur perlu diucapkan melalui lidah. Dengan ucapan ‘alhamdulillah’, kita mengiktiraf Si Pemberi iaitu Allah, dan mengharapkan keberkatan nikmat yang diberi.
Ketiga, rasa syukur perlu dicerminkan melalui perbuatan kita. Setiap kelebihan yang kita terima adalah amanah daripada Allah.
Download Khutbah Aidilfitri: Kehidupan dunia: Medan ujian untuk manusia [PDF, 393 KB]
Download Khutbah Aidilfitri: Kehidupan dunia: Medan ujian untuk manusia (Jawi) [PDF, 397 KB]
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)