Lailatulqadar – Memohon takdir yang lebih baik
13 March 2026
Menurut ahli tafsir seperti Imam Ibn Kathir, ia bererti bahawa malam Lailatulqadar adalah masanya setiap rezeki, ujian dan setiap peristiwa bagi tahun yang akan datang ditentukan dan ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Seorang Mukmin tidak sesekali akan memandang remeh terhadap keutamaan Lailatulqadar. Terutama sekali, dengan kesedaran bahawa Allah menentukan takdir-Nya bagi kita pada malam penuh berkat ini.
Gunakanlah malam-malam yang berbaki daripada bulan Ramadan ini untuk memperbanyakkan berdoa dengan keikhlasan hati. Dan pastinya terdapat banyak doa yang boleh kita panjatkan. Dua perkara yang wajar kita mohon kepada Allah s.w.t. pada masa ini:
Pertama: Kekuatan menghadapi ujian dengan cara yang diredai Allah.
Kedua: Kehidupan yang dipenuhi ketaatan dan keampunan.
Download Lailatulqadar – Memohon takdir yang lebih baik [PDF, 314 KB]
Download Lailatulqadar – Memohon takdir yang lebih baik (Jawi) [PDF, 342 KB]
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)