Membina keluarga berdaya tahan: Mengimbangi perancangan dan iman
25 September 2026
Akidah kita melandaskan bahawa rezeki setiap insan telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Allah yang mengurniakan zuriat kepada sesiapa yang Dia mahu. Sebagai insan yang bertanggungjawab, tugas kita adalah membuat persiapan untuk masa depan dengan sebaiknya. Selebihnya, kita serahkan urusan kita kepada Allah dengan penuh baik sangka.

Dalam mengimbangi tuntutan kehidupan masa kini dan aspirasi memupuk keluarga yang berdaya tahan, ada beberapa panduan agama yang harus kita pelajari:
Perancangan untuk masa hadapan mencerminkan tanggungjawab - Dalam soal membina keluarga, kita harus memikirkan kualiti dan kemampuan kita untuk menampung keperluan anak dan pasangan – sama ada dari segi nafkah, emosi dan seumpamanya.
Di samping membuat perancangan dan persediaan, letakkan pergantungan kepada Allah - Dalam merancang dan berikhtiar membuat persiapan untuk masa depan keluarga, kuatkanlah keyakinan kita kepada Allah.
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)