Memelihara keutuhan kehidupan beragama
24 July 2026
Islam amat menitikberatkan keutuhan kehidupan beragama. Ini merujuk kepada sikap berhati-hati dan bijaksana dalam menilai ilmu agama. Menerusi ilmu agama, kita memahami perintah, larangan dan petunjuk Allah, hingga akhirnya membentuk jati diri kehidupan beragama.

Ilmu yang tidak diketahui kesahihannya dan disebarkan atas nama agama adalah amat berbahaya. Ini boleh berlaku dalam beberapa keadaan. Contohnya, menafsir ayat-ayat Al-Quran dengan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira konteks ayat tersebut. Ini boleh membentuk kepercayaan yang kemudian menjadi amalan. Akhirnya, ia menjadi rujukan bagi orang di sekeliling kita. Malangnya, amalan dan kepercayaan ini tidak diterima di sisi Islam.
Tiga panduan bagi membantu kita memelihara keutuhan kehidupan beragama:
Berhati-hati dalam memilih sumber ilmu agama
Mengesahkan kandungan ilmu agama
Memahami bahawa aplikasi fiqah berubah mengikut konteks
Download Memelihara keutuhan kehidupan beragama [PDF, 309.66 KB]
Download Memelihara keutuhan kehidupan beragama (Jawi) [PDF, 316.21 KB]
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)