Memulakan langkah dengan istiqamah
2 January 2026
Sebaik-baik bekalan dalam hidup ini bukanlah harta, pangkat atau kejayaan duniawi, tetapi pendirian yang istiqamah terikat dengan Allah dalam setiap keadaan.

Islam tidak menuntut kesempurnaan yang terhasil dengan segera. Yang dituntut ialah kekentalan dalam melalui liku-liku perjalanan hidup.
Langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk membina istiqamah dalam kehidupan yang penuh tuntutan ini:
Mulakan dengan arah dan tujuan yang jelas, bukan sekadar semangat.
Bina kebiasaan yang berterusan, bukan sekadar azam yang besar.
Sandarkan perjalanan ini kepada Allah, bukan kepada kebolehan diri semata-mata.
Download Memulakan langkah dengan istiqamah [PDF, 317 KB]
Download Memulakan langkah dengan istiqamah (Jawi) [PDF, 217 KB]
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)