- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Khutbah
- Memupuk Masyarakat yang Berjaya
Malay/Jawi
Memupuk Masyarakat yang Berjaya
30 July 2021

Kejayaan yang terbesar dan abadi bagi orang beriman adalah kejayaan mendapatkan rahmat Allah (s.w.t.) dan syurga-Nya di akhirat kelak.
Harapan untuk mendapatkan rahmat Allah dan syurga-Nya di akhirat kelak bukan hanya sekadar dengan berdoa dan berharap, tetapi ia memerlukan usaha yang berterusan.
Sebagai umat yang terbaik seperti yang disebutkan dalam al- 4 Quran, kita perlu bersikap proaktif dalam menyusun perancangan bagi mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.