- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Khutbah
- Mengenali Nama Tuhan Al-Latif
Mengenali Nama Tuhan Al-Latif
11 September 2020

Kesempatan demi kesempatan diberikan, dengan nikmat yang diteruskan, supaya manusia yang lupa dan leka ini mahu beringat dan perbaiki diri, kerana Allah s.w.t. mahu kita kembali kepada-Nya. Tidak semua kejahatan dibalas dengan siksaan yang datang dengan tiba-tiba, sepertimana rezeki tidak pernah dihentikan serta-merta sebagai balasan kejahatan yang dilakukan si hamba.
Begitu lembutnya Allah, al-Latif. Lembut dalam kurniaan- Nya. Lembut dalam sentuhan kasih-Nya. Lembut dalam layanan-Nya. Lembut dalam kemaafan-Nya.
Oleh itu, saudara, jadikanlah keyakinan kita terhadap sifat kelembutan Allah al-Latif ini sebagai pegangan hidup kita. Allah Yang Maha Lembut senantiasa ingin melindungi kita dari bencana dan bahaya. Namun Allah s.w.t. menuntut kita untuk turut berusaha menjadi hamba-hamba-Nya yang kaya dengan kelembutan juga, terutama terhadap mereka yang di bawah naungan kasih sayang kita.