Meniti kehidupan, mengingati pengakhiran
26 December 2025
Kematian adalah suatu kepastian, dan ia mungkin datang pada saat yang paling tidak dijangkakan. Hendaklah kita meniti setiap hari-hari kita dengan kesedaran akan pengakhiran hidup kita, sentiasa berusaha untuk beribadah kepada Allah s.w.t. dan memperbanyakkan amal soleh.

Kematian adalah suatu kepastian, dan ia mungkin datang pada saat yang paling tidak dijangkakan. Kematian tidak mengenal usia, tahap kesihatan, kekayaan mahupun kedudukan. Kematian tidak menunggu seseorang itu mencapai tahap iman atau ketakwaan yang sempurna. Umur setiap kita telah ditentukan, dan kematian akan datang tepat pada waktunya.
Setiap detik yang kita gunakan untuk beribadah, mengingati Allah, dan melakukan kebaikan adalah detik yang mendekatkan kita kepada-Nya. Janganlah kita melengah-lengahkan detik-detik yang berharga ini, kerana kita sendiri tidak tahu bilakah ajal kita. Dan apabila masanya tiba, kita ingin bertemu Allah dalam keadaan tunduk dan taat, rendah hati dan penuh keikhlasan.
Download Meniti kehidupan, mengingati pengakhiran [PDF, 311 KB]
Download Meniti kehidupan, mengingati pengakhiran (Jawi) [PDF, 223 KB]
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)