Menjadi insan kebanggaan Nabi Muhammad s.a.w.
28 August 2026
Membanggakan Nabi s.a.w. tidak memerlukan pencapaian yang luar biasa. Ia boleh bermula dengan perkara-perkara yang paling ringkas yang diajarkan Baginda s.a.w.

Dan pada Hari Kebangkitan kelak, Nabi Muhammad s.a.w. akan menunggu kita di telaga al-Haudh. Baginda s.a.w. mengenali umatnya yang mendatangi telaga tersebut. Malangnya, ada antara mereka yang akan dijauhkan dari mendekati telaga tersebut dan juga Baginda s.a.w. Melihat hal ini, Rasulullah s.a.w. menyeru: “Sahabat-sahabatku! Sahabat-sahabatku!” Sesungguhnya, kasih sayang dan keprihatinan baginda terhadap umatnya tidak pernah mengenal garis penamat.
Justeru, khutbah pada hari ini mengajak kita menjadi insan kebanggaan Nabi Muhammad s.a.w. Bagaimana caranya? Jawapannya terakam dalam Al-Quran. Allah s.w.t. telah berfirman: “Apa jua (perintah) yang dibawa oleh Rasul kepada kamu maka terimalah, dan apa jua yang dilarangnya kamu daripada (melakukannya) maka jauhilah.” (Al-Hasyr, 59:7)
Semoga apabila kita dikumpulkan di hadapan Rasulullah s.a.w, Baginda tersenyum melihat kita dan berkata: “Aku berbangga denganmu, wahai umatku.”
Download Menjadi insan kebanggaan Nabi Muhammad s.a.w. [PDF, 285.86 KB]
Download Menjadi insan kebanggaan Nabi Muhammad s.a.w. (Jawi) [PDF, 322.74 KB]
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)