Meraih Cinta Allah Melalui Ciptaan-Nya
7 May 2021

Bulan Ramadan adalah bulan di mana ganjaran kebaikan dilipat gandakan. Kita diseru untuk melakukan apa jua kebaikan dan amalan-amalan soleh, sekecil mana sekalipun. Bukan hanya dalam hubungan kita dengan Allah, tetapi hubungan kita sesama hamba-hamba dan makhluk Allah.
Rebutlah masa-masa yang tinggal ini mencari cinta Allah dengan mengeratkan hubungan kita dengan Allah dan mengerjakan kebaikan kepada makhluk Allah. Inilah maksud kita meraih cinta Allah melalui ciptaan-Nya. Biar ini semua menjadi bekalan kita dalam kita mengharungi kehidupan selepas Ramadan dan seterusnya; kehidupan yang baik (hayātan tayyibatan) dan bermakna; serta memberi kekuatan kerohanian kepada kita.
Di samping kita memenuhi hari-hari penghujung Ramadan dengan amal ibadah dan dalam kita bersiap sedia untuk menyambut bulan Syawal, ingatlah bahawa situasi COVID-19 masih belum berakhir lagi. Kita akur bahawa kes-kes di kalangan masyarakat mula naik sekali lagi. Ia merupakan peringatan, bahawa kita masih lagi belum selamat daripada wabak ini, selagimana situasinya secara global belum kembali pulih.
Meraih Cinta Allah Melalui Ciptaan-Nya [PDF, 273 KB] (opens in new tab)
Meraih Cinta Allah Melalui Ciptaan-Nya (Jawi) [PDF, 153 KB] (opens in new tab)
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)