Muhasabah dan harapan di akhir Ramadan
20 March 2026
Antara perkara yang seharusnya menjadi matlamat seorang Mukmin pada bulan ini adalah untuk mendapatkan pengampunan Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ”Rugilah seseorang yang bertemu bulan Ramadan, kemudian Ramadan berlalu sedangkan dia belum diampunkan.” (Riwayat At-Tirmizi)

Walaupun kita berada di saat-saat akhir bulan Ramadan, dan kemuncaknya iaitu Lailatulqadar telah pun berlalu, ayuh kita menggunakan masa yang berbaki dengan sebaiknya, meminta dan memohon kepada Allah supaya amalan kita diterima dan agar kita diberikan pengampunan.
Al-Imam Hasan Al-Basri pernah berpesan: ”Banyakkan beristighfar, kerana kamu tak tahu bilakah saat rahmat diturunkan.”
Download Muhasabah dan harapan di akhir Ramadan [PDF, 346 KB]
Download Muhasabah dan harapan di akhir Ramadan (Jawi) [PDF, 363 KB]
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)