- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Khutbah
- Muhasabah Hari Arafah
Malay/Jawi
Muhasabah Hari Arafah
6 June 2025
Arafah adalah sebidang dataran di luar kota Makkah, tempat di mana umat Islam yang melaksanakan haji berkumpul. Inilah perhimpunan yang dianggap sebagai kemuncak ibadah Haji – malah begitu penting sehingga Haji seseorang tidak sah tanpanya.

Mari kita bermuhasabah dan merenungkan dua perkara utama yang berkait rapat dengan hari Arafah.
Yang pertama: Perhimpunan manusia di padang Arafah bagi melaksanakan rukun ibadah Haji.
Yang kedua: Pesanan Rasulullah dalam khutbah wada’ yang menekankan penjagaan kebajikan manusia.