- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Khutbah
- Semangat Berjuang Dan Positif
Semangat Berjuang Dan Positif
24 July 2020

- Dia mengingatkan insan agar sentiasa peka dan akur bahawa kita semuanya merupakan hamba Tuhan. Berada di bawah pemilikannya. Tuhan tidak akan sekali-kali memudaratkan hamba-hambaNya. Dari itu, kalimat suci tersebut, sebenarnya merupakan panduan untuk sentiasa berfikiran positif. Lebih-lebih lagi di saat ujian datang melanda. 
- Seorang yang positif dapat menerima sebarang perubahan dengan hati yang terbuka. Beliau redha dengan sebarang ketentuanNya. Beliau turut meyakini bahawa setiap sesuatu itu mempunyai hikmah disebaliknya. 
- Sungguh pantas masa berlalu, kita telah pun memasuki bulan Zulhijjah yang mulia. Maka marilah sama-sama kita memperbanyakkan amal ibadah dan amal soleh. Semoga melaluinya, Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kita rahmatNya dan jalan keluar bagi ujian ini. 
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)