Tadabbur alam menerusi ayat-ayat ‘Kauniyyah’
13 November 2026
Surah Al-Baqarah, ayat 30, Allah s.w.t. menggelarkan manusia sebagai khalifah di bumi. Namun, kita harus fahami bahawa peranan ini bukan sekadar suatu kemuliaan, tetapi juga amanah yang perlu ditunaikan.

Ada antara kita yang mengingati Allah s.w.t. ketika solat, membaca Al-Quran atau mendengar ceramah agama. Namun, tidakkah ciptaan Allah yang terhampar di sekeliling kita juga mengundang kita untuk merenungi kebesaran-Nya?
Renungkan firman Allah s.w.t. dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 190 yang bermaksud: “Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, serta pertukaran malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal.”
Inilah yang dikenali sebagai ayat-ayat kauniyyah, iaitu tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t. yang dapat kita renungi melalui ciptaan-Nya. Setiap makhluk menjadi bukti kebesaran al-Khaliq, Tuhan yang Maha Pencipta.
Download Tadabbur alam menerusi ayat-ayat ‘Kauniyyah’ [PDF, 300.61 KB] (opens in new tab)
Download Tadabbur alam menerusi ayat-ayat ‘Kauniyyah’ (Jawi) [PDF, 356.11 KB] (opens in new tab)
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)