Tujuan dan keutamaan dalam kehidupan
19 December 2025
Seorang Muslim yang peka adalah insan yang jelas dengan tujuan kehidupannya. Dia mengenal pasti keutamaan serta tujuan dalam setiap pekerjaan, dia menyelaraskan keseluruhan hidupnya agar sentiasa bergerak ke arah keredaan Allah s.w.t.

Mukmin yang mempunyai tujuan hidup yang jelas akan lebih berhati-hati dalam setiap perilakunya. Dia sedar bahawa setiap peranan dan tindakannya adalah amanah daripada Allah s.w.t.
Setiap keutamaan yang dikenal pasti dalam kehidupan tidak berdiri dengan sendiri. Ia bergantung pada faktor-faktor lain, seperti suasana kehidupan yang stabil, hubungan insan yang saling menghormati dan persekitaran yang membolehkan kita hidup, bekerja dan beribadah dengan tenang.
Download Tujuan dan keutamaan dalam kehidupan [PDF, 308 KB]
Download Tujuan dan keutamaan dalam kehidupan (Jawi) [PDF, 225 KB]
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)