Pengisytiharan awal Ramadan 1447H/2026 bagi Singapura
17 February 2026
Mufti Singapura mengisytiharkan bahawa awal Ramadan 1447H/2026 jatuh pada Khamis, 19 Februari 2026.
Mengikut kiraan hisab, anak bulan Ramadan tidak berada di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang tadi kerana bulan telah terbenam 4 minit lebih awal daripada matahari. Ini bererti esok adalah hari pencukup bulan Syaaban sebanyak 30 hari. Oleh yang demikian, sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal bulan Ramadan pada tahun 1447H jatuh pada lusa, Khamis, bersamaan 19 Februari 2026.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekalian umat Islam Singapura: Selamat menyambut ketibaan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan dan keihsanan daripada Allah s.w.t.
Rebutlah peluang ini untuk menjadi Muslim yang lebih cemerlang dengan ketekunan beribadah dan juga dengan kesyukuran, keihsanan, kesopanan dan kesantunan dalam urusan sesama kita.
Semoga Allah s.w.t. menerima segala amal kebajikan kita dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan ini.
DR NAZIRUDIN MOHD NASIR
MUFTI SINGAPURA
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)