Pengisytiharan awal Syawal 1447H/2026 bagi Singapura
19 March 2026
Mufti Singapura mengisytiharkan bahawa awal Syawal 1447H/2026 jatuh pada Sabtu, 21 Mac 2026.
Anak bulan Syawal berada terlalu rendah di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang tadi dan tidak mungkin dapat dilihat, berdasarkan syarat kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS. Ini bererti esok adalah hari pencukup bulan Ramadan sebanyak 30 hari bagi kita di Singapura, dan awal bulan Syawal bagi tahun 1447H jatuh pada lusa, Sabtu bersamaan 21 Mac 2026.
Marilah kita mengambil peluang untuk memaanfatkan bulan Ramadan yang belum meninggalkan kita dengan menggandakan amal kebajikan dan doa. Semoga Allah s.w.t. menerima segala amalan kita sepanjang bulan suci ini.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekalian Muslimin Muslimat Singapura: “Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri”. Semoga kita menyambut kedatangan bulan Syawal dengan penuh kesyukuran serta memperkukuhkan lagi persaudaraan dan keihsanan sesama kita.
DR NAZIRUDIN MOHD NASIR
MUFTI SINGAPURA
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)