Pengisytiharan bulan Zulhijjah 1447H/2026 bagi Singapura
17 May 2026
Mufti Singapura mengisytiharkan bahawa awal Zulhijjah 1447H/2026 jatuh pada Isnin, 18 Mei 2026.
Mengikut kiraan hisab, anak bulan Zulhijjah berada di atas ufuk Singapura setelah matahari terbenam petang tadi. Ini bererti hari ini adalah hari pencukup bulan Zulkaedah.
Oleh yang demikian, awal bulan Zulhijjah bagi tahun 1447H jatuh pada esok, Isnin bersamaan 18 Mei 2026. Ini bermakna Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Rabu bersamaan 27 Mei 2026.
Marilah kita hidupkan hari-hari yang suci serta penuh keberkatan pada awal bulan Zulhijjah ini dengan memperbanyak ketaatan dan amal kebaikan.
Semoga semua jemaah haji dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan dan semoga Allah menerima segala amal kebaikan dan pengorbanan kita bagi agama, umat dan negara.
DR NAZIRUDIN MOHD NASIR
MUFTI SINGAPURA
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)