Speech by Acting Minister-in-charge of Muslim Affairs and Senior Minister of State, Ministry of Defence, Mr Zaqy Mohamad, at the MUIS Zakat Beneficiaries Seniors Day 2026
3 September 2026
MUIS highlights its holistic support for senior zakat beneficiaries through the MUIS-CPF Matched Retirement Savings Scheme and the expanded Santunan Emas programme.
Bismillahirrahmanirrahim
Ketua Eksekutif MUIS, Encik Kadir Maideen
Para pegawai MUIS dan Masjid,
Warga emas yang saya hormati,
Tuan-tuan dan puan-puan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi.
Saya gembira dapat bersama anda semua di Hari Warga Emas 2026 khusus bagi para penerima zakat MUIS.
Hari ini bukan sekadar untuk kita berkumpul.
Ia juga peluang untuk kita menghargai jasa dan pengorbanan warga emas kita, mendengar pandangan, dan memperbaharui tekad untuk terus memberi sokongan dan menyantuni mereka.
Warga emas kita, seperti anda, telah banyak berjasa kepada masyarakat dan Singapura.
Anda telah menjaga keluarga, membesarkan anak-anak, bekerja demi membina kehidupan yang lebih baik, dan berbakti kepada masyarakat, tanpa mengharapkan sebarang pengiktirafan.
Segala usaha dan pengorbanan anda menjadi asas kepada masyarakat dan negara yang kita nikmati hari ini.
Justeru apabila warga emas kita meniti usia senja, menjadi tanggungjawab kita untuk terus menyokong dan menyantuni mereka.
Mereka harus dapat menjalani usia emas denga tenang dan yakin bahawa mereka tidak keseorangan.
Zakat sebagai tanggungjawab bersama
Zakat bukan sekadar bantuan kewangan.
Ia juga mencerminkan tanggungjawab dan amanah masyarakat kita untuk saling menjaga dan membantu.
Inilah semangat Ihsan yang mendorong kita untuk memberikan yang terbaik kepada mereka yang memerlukan.
Apabila kita membantu seseorang itu, kita bukan sahaja melihat keperluan mereka hari ini, tetapi juga bagaimana kita dapat membantu mereka menjalani hari-hari mendatang dengan lebih yakin, tenang dan bermakna.
Dengan itu, MUIS komited untuk memastikan bantuan Zakat mudah diakses dan disalurkan kepada golongan asnaf yang memerlukannya.
Pada masa yang sama, kita juga perlu memastikan dana Zakat diurus dengan penuh amanah, agar manfaatnya dapat terus dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukan, termasuk generasi akan datang.
Memperkukuh simpanan persaraan warga emas
Para hadirin sekalian, masyarakat Singapura semakin menua.
Menjelang tahun 2030, dijangka satu dalam setiap empat warga Singapura bakal berusia 65 tahun ke atas.
Ini akan mengubah komposisi penduduk negara ini.
Keperluan warga emas juga akan berubah, termasuk dalam menghadapi kos sara hidup.
Justeru, cara kita menghulurkan bantuan juga perlu disesuaikan dengan keperluan masyarakat yang semakin menua.
Sebab itulah tahun lalu, MUIS memperkenalkan Skim Simpanan Persaraan yang Dipadankan MUIS-CPF, atau MUIS-CPF Matched Retirement Savings Scheme (MRSS).
Skim ini adalah usaha bersama MUIS dan Pemerintah untuk membantu warga emas dari kalangan penerima zakat membina tabung simpanan persaraan mereka.
Melalui skim ini, seramai 830 penerima Zakat warga emas yang layak telah menerima tokokan sehingga $2,000 ke dalam Akaun Persaraan CPF mereka.
Setiap dolar yang disumbangkan MUIS dipadankan oleh Pemerintah.
Ini bermakna simpanan persaraan mereka dapat bertambah dan membantu meningkatkan bayaran bulanan CPF mereka pada masa hadapan.
Bagi kumpulan pertama penerima skim ini, MUIS telah menyumbang sekitar $1.6 juta daripada dana Zakat.
Dengan sumbangan padanan daripada Pemerintah, jumlah keseluruhan yang disalurkan kepada penerima zakat warga emas mencecah sekitar $3.3 juta.
Alhamdulillah, ini merupakan satu usaha bersama untuk membantu warga emas kita meniti persaraan yang lebih yakin.
Saya ingin menggalakkan anda semua untuk terus aktif dan menyertai kegiatan di masjid-masjid kita, termasuk program Santunan Emas.
Selain mendapat bimbingan kerohanian melalui kelas agama dan pengajian Al-Quran, anda juga boleh menyertai pelbagai kegiatan riadah.
Tuan-tuan dan puan-puan, izinkan saya meneruskan ucapan saya dalam bahasa Inggeris.
Support beyond financial assistance
The MUIS-CPF Matched Retirement Savings Scheme (MRSS) is one example of how we are strengthening support for our senior zakat beneficiaries.
Monthly financial assistance continues to help with daily expenses while the retirement savings top-ups help our seniors more confidently for the future.
Together, they provide immediate support and greater peace of mind for the years ahead.
But growing older goes beyond finances.
Our seniors also need good health, meaningful friendships and opportunities to stay connected to the community and to our faith.
That is why our mosques work closely with partners such as the Agency for Integrated Care, Active Ageing Centres and SingHealth.
Together, they support our senior zakat beneficiaries holistically.
I thank our partners – some of whom are here today – for your strong partnership with MUIS in supporting our zakat beneficiaries.
For example, the Santunan Emas programme has been expanded to mosques in Yishun, Sembawang and Woodlands.
I encourage our seniors to join this programme to learn more about community activities, health programmes and services that help them stay active and connected.
They can also receive spiritual guidance and support through our mosques.
As their needs continue to evolve, we too must continue innovating so that we can serve them better.
This reflects the spirit of Islah, continually improving ourselves and strengthening the way we support our community.
As part of this commitment, MUIS will review its Zakat financial assistance framework to ensure that it continues to meet the changing needs of our community.
This review will help ensure that our assistance remains relevant, accessible and sustainable for the years ahead.
MUIS will share more details on this review later this year.
A shared social compact
To our mosques, social development officers, volunteers and community partners: you touch the hearts and lives of our beneficiaries.
MUIS will continue to work with you and carry this Amanah with care and responsibility for our seniors.
Ultimately, this is what Islam teaches us – to care for one another with Ihsan, to fulfil our Amanah with sincerity, and to continually strive for Islah together by improving ourselves and our community.
Together, let us build a caring and resilient community where every senior feels valued, respected and supported, and where no one is left to journey alone.
Thank you.
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)