Speech by Mr Kadir Maideen, Head of Delegation of Singapore Pilgrims' Affairs Office 2025 (1446H) at the Haj pre-departure briefing
10 May 2025
900 Singapore pilgrims will perform their Haj pilgrimage this year, together with a dedicated team of medical and administrative personnel under the Singapore Pilgrims’ Affairs Office
Hj Masagos Zulkifli
Minister for Social and Family Development
2nd Minister for Health
Minister-in-charge of Muslim Affairs
Hj Mohamed Sa'at Abdul Rahman
President of MUIS
Hj Azree Rahim
Deputy Chief Executive of MUIS
Hj Abdul Rahim Syed Masood
Vice President of Association of Muslim Travel Agents, Singapore (AMTAS)
Respected Haj pilgrims
Ladies and gentlemen
Assalamualaikum Wr Wb
Welcome Address
It brings me great joy to welcome you to this Haj Pre-Departure Briefing on behalf of MUIS and AMTAS. This is a briefing that we have every year for all our pilgrims who are departing for the Holy Land to perform their pilgrimage. We are especially honoured to have our esteemed guests with us this morning, and as Head of Delegation for this year's Haj, I'm looking forward to sharing some exciting developments for this year’s Haj season and accompanying you on this pilgrimage.
Haj Development for 2025
Alhamdulillah, I am pleased to report that 900 Singapore pilgrims will travel to the Kingdom of Saudi Arabia this year to fulfil their fifth pillar of Islam. This wouldn't be possible without the tremendous support from the Royal Embassy of Saudi Arabia in Singapore and the Ministry of Hajj and Umrah (MOHU).
I'm also particularly proud to share that Singapore has been recognised by MOHU as a model country in Haj pilgrim management at the recent Hajj Conference and Exhibition in Jeddah earlier this year. This recognition reflects MUIS’s dedication to ensure your journey is well-supported and taken care of every step of the way.
As in the past years, MUIS deploys a dedicated team of medical and administrative personnel under the Singapore Pilgrims’ Affairs Office (SPAO). The size and composition of this team are carefully determined based on the number of Singapore pilgrims departing for Haj and ongoing assessments of the preparations in Saudi Arabia.
To enhance your Haj experience, we've introduced several innovative features. The PilgrimSG app, for instance, will be your digital companion throughout your journey. It was used since 2022 and it offers convenient features like booking of medical appointment at our clinic, emergency assistance through geolocation, and real-time updates of important information - all designed to make your pilgrimage and stay in Saudi Arabia a comfortable experience.
Your health and safety remain our top priority. We've strengthened the availability of medical support for our pilgrims through a hybrid model combining Saudi-based services with our doctors and nurses coming from Singapore, and this will be at our clinics in Shisha, Makkah, and Madinah. Our dedicated Medical Welfare Officers who are part of each travel agency will be there to support you throughout your journey. Allow me to continue my speech in Malay.
Pilgrims’ Medical Support and Safety
Hadirin dan Hadirat,
Kami sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan jemaah di Tanah Suci. Tahun ini, SPAO telah memperbaiki perkhidmatan kesihatan untuk jemaah kami. Kami akan menggunakan dua cara untuk menjaga kesihatan anda: pertama, kami bekerjasama dengan perkhidmatan kesihatan di Arab Saudi, dan kedua, kami juga menyediakan klinik sendiri di Shisha, Makkah dan Madinah. Klinik-klinik ini akan dikendalikan oleh pegawai kesihatan dari Singapura dan Arab Saudi. Untuk memastikan anda mendapat rawatan yang terbaik, kami juga telah melantik Pegawai Kebajikan Perubatan yang akan sentiasa ada bersama ejen perlancongan Haji anda untuk membantu anda semasa berada di Arab Saudi.
Untuk meningkatkan pengalaman Haji anda, kami telah memperkenalkan beberapa ciri inovatif. Kami telah menyediakan aplikasi PilgrimSG untuk membantu anda membuat temu janji apabila anda perlu berjumpa doktor-doktor di klinik kami. Cara ini memudahkan jemaah dan anda tidak perlu menunggu lama ibadah atau beratur panjang di klinik.
Aplikasi PilgrimSG ini juga boleh menolong anda jika ada kecemasan. Dengan menggunakan aplikasi ini, kakitangan SPAO boleh terus mengesan di mana anda berada dan datang membantu anda dengan segera. Anda juga akan dapat maklumat-maklumat penting yang terkini melalui aplikasi ini. Memandangankan suhu di Arab Saudi akan menjejas 45 darjah Celcius ke atas setiap hari, peringatan melalui PilgrimSG sangat penting supaya jemaah dapat membuat persiapan tersendiri. Semua kemudahan dalam aplikasi ini adalah untuk membantu memudahkan jemaah kami. Oleh itu, saya minta semua jemaah memuat turun aplikasi PilgrimSG ini sebelum ke Tanah Suci.
Haj Preparation and Contingency Planning
Saya juga gembira dengan kejayaan berterusan program "Get Fit for Haj" kami, usaha kerjasama dengan Lembaga Promosi Kesihatan. Saya pasti ramai daripada anda telah mengambil bahagian dalam inisiatif ini untuk memperkasakan kesihatan anda. Inisiatif ini telah mencatatkan penyertaan yang memberangsangkan, dengan lebih 85% jemaah menyertai aktiviti pengukuhan kekuatan dan mengikuti ceramah kesihatan yang berkonteks pengalaman semasa menunaikan ibadah haji.
Untuk musim Haji kali ini, kami telah mempertingkatkan persediaan untuk menjaga keselamatan dan keselesaan jemaah kami. MUIS telah bekerjasama dengan AMTAS dan semua ejen pelancongan Haji untuk menyediakan rancangan yang lengkap, termasuk rancangan untuk menghadapi segala keadaan kecemasan semasa di Tanah Suci. Kami juga telah melatih semua pegawai kami dengan kemahiran menyelamatkan nyawa dan menggunakan alat bantuan kecemasan (AED). Ini semua merupakan antara komitmen kami untuk mempersiapkan diri dan menjaga kesejahteraan para jemaah semua.
Kami berterima kasih kepada semua pegawai yang telah bekerja keras untuk membantu jemaah. Kami juga meminta kerjasama anda supaya kami dapat menjalankan tugas kami dengan baik dan memastikan ibadah Haji anda berjalan dengan lancar dan sempurna.
Pilgrims’ Safety & Security in the Holy Land
Semasa kita berada di Tanah Suci nanti, saya mohon kerjasama semua jemaah untuk mengikut peraturan keselamatan yang telah ditetapkan. Yang penting sekali, pada waktu masyair (perpindahan dari satu tempat ke tempat lain), jemaah tidak boleh bergerak seorang diri. Anda mesti bergerak bersama kumpulan apabila berpindah antara Shisha, Arafah, Muzdalifah, Mina, Makkah dan Madinah.
Kami sangat mengambil berat tentang keselamatan anda. Oleh itu, kami minta semua jemaah untuk menjaga diri dengan baik. Pastikan anda sentiasa berhati-hati, jaga kesihatan dan kebersihan diri. Jika anda rasa tidak sihat, jangan tunggu lama - segera jumpa Pegawai Kebajikan Perubatan yang bertugas untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.
Health Requirements for Prospective Haj Pilgrims
Kementerian Kesihatan Kerajaan Arab Saudi juga ingin memastikan semua jemaah dapat menunaikan ibadah dalam keadaan sihat, selamat dan selesa.
Oleh itu, sebelum ke Tanah Suci, semua jemaah perlu membuat pemeriksaan kesihatan. Anda juga perlu mendapatkan beberapa suntikan khas yaitu suntikan meningitis, flu dan COVID-19. Ini akan dijelaskan doktor kami nanti. Suntikan-suntikan in adalah untuk melindungi diri kami dan jemaah daripada penyakit-penyakit yang mungkin menular di Arab Saudi. Bagi jemaah yang berumur 65 tahun ke atas, atau mempunyai masalah kesihatan yang berpanjangan, anda juga perlu mengambil suntikan tambahan pneumokokal untuk mecegah jangkitan paru-paru.
Pastikan anda berbincang dengan ejen pelancongan anda tentang suntikan-suntikan yang diperlukan ini. Jika anda ada apa-apa kemusykilan tentang kesihatan anda, jangan segan untuk bertanya kepada ejen pelancongan atau doktor peribadi anda.
Syarat-syarat ini ditetapkan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan anda semasa menunaikan ibadah Haji.
Conclusion
As we embark on this blessed journey together, let us maintain Singapore’s excellent reputation in the Holy Land. I look forward to meeting you there and hearing about your experiences.
Upon your return, we would greatly value your feedback about your Haj journey. Your insights about our services - from the pre-departure preparations to the support received during your stay in the Holy Land, and the medical services provided - will be invaluable. This will help us enhance our services for future Haj seasons. You can share your experiences through our feedback form which will be provided after your return, or through your Haj travel agents.
On behalf of MUIS and AMTAS, I wish all pilgrims a safe journey. May your Haj pilgrimage be blessed with ease and safety, and may you receive abundant rewards for your ibadah. May Allah s.w.t. grant us all Haj Mabrur, InsyaAllah. Ameen.