Penggunaan ethanol asli dalam penghasilan perisa Halal

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيد المرسلين وإمام المتقين نبينا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين. اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه .

Jawatankuasa Fatwa telah menerima soalan daripada Unit Strategik Pensijilan Halal, Majlis Ugama Islam Singapura mengenai penggunaan etanol asli di dalam penghasilan perisa Halal.

Selepas mengkaji dan mendapat maklumbalas mengenai bahan etanol, Jawatankuasa Fatwa mendapati bahawa kadar etanol yang terdapat di dalam makanan (yang digunakan sebagai bahan pelarut) adalah kurang daripada 0.5%. Dan kadar ini adalah di bahagian kadar yang tidak memabukkan.

Etanol yang digunakan juga bukanlah diambil daripada bahan yang haram seperti khamr. Maka ia bukan najis.

Keizinan untuk penggunaan etanol ini adalah khusus bagi tujuan perisa dan produk-produk yang menggunakan perisa tersebut. Maka etanol yang disertakan dalam sesebuah makanan ataupun minuman yang bukan bertujuan untuk perisa adalah tidak dibenarkan.

Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa penggunaan etanol (asli atau sintetik) sebagai pelarut adalah dibenarkan selagi mana ia tidak diambil daripada bahan yang haram. Kandungan etanol tersebut pada perisa tidak boleh melebihi 0.5%. Kandungan etanol pada produk terakhir tidak boleh melebihi 0.1%.

الله أعلم ، وبالله التوفيق ، وصلى الله على سيدنا محمد وعلى أله وصحبه وسلم