Speech by Chief Executive of Muis, Hj Abdul Razak Maricar at the Ramadan Disbursement Ceremony

JUMAAT, 26 JUNE 2015 BERSAMAAN 9 RAMADAN 1436H
DI MADRASAH IRSYAD ZUHRI

Sohibusamahah Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram
Tuan-Tuan dan Puan-Puan

 

    Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatu.

    Kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran anda semua ke Majlis Pengagihan Ramadan 2015 – Rahmah Ramadan.Selaku tuan rumah, kami gembira dapat menyambut kehadiran para tetamu sekalian ke majlis istimewa ini. Sempenan Ramadan, bulan yang penuh rahmah, kami berharap kita sama sama terus tabah menempuh kehidupan seharian dan mendapat barakah dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

    Bonus Ramadan

  1. Alhamdulillah, seperti tahun-tahun lalu, tahun ini Muis telah memperuntukkan agihan Bonus Ramadan agar para penerima, baik para keluarga bantuan mahupun penghuni rumah kebajikan, dapat sedikit-sebanyak berkongsi barakah Ramadan dan kemeriahan sambutan Syawal.

  2. Tahun ini, Muis akan memperuntukan $1.74 juta sebagai habuan Bonus Ramadan. Alhamdulillah, berkat kemurahan hati masyarakat Islam Singapura, dan kutipan zakat yang bertambah, Muis terus berupaya memperuntukkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Ini merupakan kenaikan sebanyak 20% berbanding dengan pengagihan tahun lalu yang berjumlah $1.45 juta.

  3. Ini bererti sepanjang Ramadan ini, agihan ini akan memanfa’atkan seramai 12,624 orang, terdiri dari para penerima bantuan bulanan Muis dan keluarga mereka, para penghuni rumah-rumah kebajikan, para penerima zakat Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC) dan penerima bantuan jangka panjang ComCare. Agihan ini dalam bentuk wang sebanyak $100 - $120 seorang dan jumlah yang akan diterima, bergantung kepada bilangan ahli keluarga penerima.

  4. Muis juga akan mengagihkan habuan Ramadan kepada penghuni Islam di 27 rumah tumpangan orang tua dan kanak-kanak. Di samping itu,peruntukan ini juga dapat membiayai program-program sokongan yang dijalankan di merata kelompok masjid sepanjang bulan Ramadan.

  5. Pemerkasaan Keluarga

  6. Sukacita saya maklumkan bahawa majlis iftar hari ini turut disokong oleh Masjid Al-Ansar dan dijayakan oleh keluarga-keluarga Program Pengayaan Bersepadu (EPS). Melalui Program EPS ini, kami cuba mengupayakan keluarga-keluarga yang bermotivasi dan berpotensi untuk merubah keadaan keluarga mereka. Ia melibatkan suntikan bantuan sebanyak $5 ribu setahun setiap keluarga, bagi membiayai program-program latihan untuk ibu-bapa, program pengupaya’an untuk keluarga dan progam sokongan bagi anak-anak. Di akhir program dua tahun ini, keluarga-keluarga yang terlibat diharap dapat diperkasa dengan tahap ekonomi yang mantap dan ikatan kekeluargaan yang lebih utuh. Natijahnya ialah untuk memperkukuhkan keluarga dan membantu mereka keluar dari lingkaran kesusahan dan menjadi lebih yakin dan berdikari.

  7. Menyumbang Kembali

  8. Untuk kumpulan kelima ini, seramai 161 keluarga sedang mengikuti program EPS. Sejak dimulakan pada tahun 2004, seramai 847 keluarga telah meraih manfaat dari program ini, dan 595 keluarga telah berjaya menamatkan program dengan baik.

  9. Pada 2013, Muis menyemak semula program EPS. Antara pembaharuannya, para ibu digalakkan untuk mencari peluang pekerjaan melalui “flexi hours” dan bukan hanya sekadar cuba menjana ekonomi keluarga melalui kerja dari rumah (“home-based” work). Tekanan diberikan terhadap progam pengupayaan untuk anak-anak demi membina jati diri mereka. Golongan bapa juga tidak diketepikan melalui program “Dads & Sons” yang memperhalusi aspek kepimpinan mereka sebagai khalifah menerajui keluarga dengan yakin dan bijaksana.

  10. Namun bagi saya semakan EPS yang paling menggalakan ialah penambahan komponen menyumbang kembali (“giving back”). Di bawah komponen ini setiap ahli keluarga yang iperkasakan digalakkan menyumbang bakti dan berjasa kepada masyarakat. Ia adalah untuk memupuk semangat yakin diri dan perubahan minda (mind set change) terhadap keluarga terlibat, agar ereka menjadi agen perubahan kepada keluarga lain.

  11. Justeru itu, majlis hari ini amat istimewa dan bertujuan menerapkan nilai-nilai tersebut dengan penglibatan keluarga EPS menjadi tunggaknya. Kanak-kanak dan remaja dari program EPS menjayakan acara ini, dan ahli keluarga lain selaku hos meja dan akan menjamu tetamu yang hadir. Ini selaras dengan usaha memupuk sifat sukarelawan dan kepimpinan dalam penerima zakat kami.

  12. Keluarga-keluarga EPS telah menikmati manfaat zakat melalui program-program sepanjang dua tahun ini. Kini mereka sungguh berbesar hati untuk menyumbang kembali. Mereka sama-sama menyingsing lengan sebagai tenaga kerja untuk menjayakan majlis ini. Syabas saya ucapkan pada kesemua keluarga yang terlibat!

  13. Tahniah juga saya ucapkan kepada keluarga-keluarga yang telah berusaha dengan gigih selama ini demi mempertingkatkan kesejahteraan keluarga mereka. Puan Norazrina merupakan salah satu contoh yang baik. Sebagai ibu tunggal, beliau tidak pernah putus asa, berusaha untuk memastikan keperluan ketiga-tiga anaknya terjaga.

  14. Melalui geran latihan EPS, beliau kini mengikuti program latihan WSQ “Advanced Certificate in Early Years” dari Institusi SEED kelolaan NTUC dan bekerja separuh masa sebagai pembantu guru tajaka. Kursus ini menghasilkan pekerjaan tetap sebagai guru tajaka bertauliah dengan gaji yang mantap. Alhamdulillah, melalui program-program sokongan lain,anak-anak beliau yang berumur 11 dan 8 tahun juga telah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian akademik dan juga lebih berupaya mengendali emosi mereka.

  15. Muis akan terus menjalankan amanah membantu mereka yang memerlukan. Hasil dari kutipan zakat, Muis mengagihkan bantuan dalam bentuk program seperti EPS, Bonus Ramadan dan juga bantuan kewangan bulanan. Di samping itu, Muis juga membantu golongan yang memerlukan bantuan jangka panjang seperti warga emas dan pesakit kronik. Usaha ini diperkukuhkan lagi dengan sokongan dari Befrienders yang menziarahi mereka.

  16. Muis turut membantu keluarga yang memerlukan bantuan jangka pendek, termasuk bantuan gharimin (melunaskan hutang api-air) dan reqab (keperluan pembelajaran). Segala bantuan ini bertujuan untuk melengkapi bantuan peringkat nasional. Diharap sokongan sebegini akan mendorong para penerima untuk mengukuhkan tekad untuk berdikari dan mempertingkatkan mutu kehidupan keluarga. Insya Allah

  17. Penutup

  18. Sebagai penutup, marilah sama sama kita mengambil peluang Ramadan kali ini untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan membina keluarga berteraskan nilai-nilai yang positif, murni serta berdaya tahan. Luangkanlah masa untuk berbuka, solat dan mengaji bersama keluarga. Ia suatu pengalaman yang amat manis dalam memupuk sifat kasih sayang sesama anggota keluarga.

  19. Keluarga adalah kekuatan kita dan adalah kurniaan Allah yang amat berharga untuk kita mensyukuri dengan memelihara kesejahteraannya. Rebutlah peluang untuk mengikuti program-programagama yang dianjurkan masjid-masjid sepanjang bulan ini bagi menambah ilmu agama dan meningkatkan keyakinan diri.

  20. Allow me now to say a few words in English.

  21. Ladies and gentlemen, thanks to strong support from the community, Muis is able to set aside $1.74 million for this year’s Ramadan Bonus. This disbursement will benefit 12,624 people, consisting of the recipients and families of Muis’ monthly financial assistance, residents of welfare homes, MKAC zakat recipient clients as well as Muslim recipients of Comcare Longterm Assistance. Each recipient will receive between $100 - $120, depending on family size. Muis also extends the Ramadan bonus to Muslim residents of 27 children homes and homes for the aged.Finally this Ramadan disbursement is also used to fund mosque support programmes for the poor and needy throughout this month.

  22. Beyond the Ramadan Bonus, Muis has also placed a lot of emphasis and efforts on programmes which can empower our zakat recipients. Our Empowerment Partnership Scheme or EPS has benefited 847 families since its launch in 2004, with 595 families reaping very good outcomes. EPS is now in its fifth run, with 161 families and with each family receiving a $5,000 annual grant which is used for training and employability programmes for parents, empowerment programmes for the family and support programmes for the children.

  23. In 2013, Muis reviewed and refined EPS, which now includes a new emphasis on preparing for flexi-hours employment for working mothers, as well as parenting skills for fathers through a “Dads and Sons” programme. But the most heartening addition to EPS for me is the emphasis on not only building strong and resilient families, but also caring families, through an emphasis on “giving back”. Today’s Ramadan Disbursement Ceremony is a manifestation of this new emphasis, as we see the EPS graduating families co-organising this event and be table hosts for iftar. I congratulate them not only for having completed the programme but also for this selflessness and grace in helping others. They are an inspiration to me, to all of us and especially I hope to the other families now undergoing EPS.

  24. The resilience and grace of these families, and success stories such as the afore-mentioned Mdm Norazrina, are testimony to the power of the third pillar of Islam, zakat. Besides EPS, the Ramadan Bonus and monthly assistance to the poor and needy, Muis also supports long term zakat recipients such as the aged and the chronically ill, through monthly disbursements as well as its team of Befrienders. Muis also provides other assistance such as alleviate liabilities for utilities from the asnaf of gharimin, and importantly support for education from the asnaf of reqab.
    In this holy month of Ramadan, I would like to once again thank the community for its continuing trust in Muis to fulfil the responsibility to utilise zakat to uplift the lives of those who need it. 

  25. I end with wabillahi Taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatu. Sekian, terima kasih.

PDF icon Speech by CE Muis at the Ramadan Disbursement Ceremony (PDF, 284KB)