Pelita Kehidupan taqwa, iman dan ilmu agama

  • Taqwa dan iman adalah pelita yang menyinari hati dan kalbu kita. Ia menunjukkan kita jalan yang benar dari yang salah. Ia memenuhi jiwa kita dengan kebaikan dan rahmah. Ia memandu kita ke arah kesejahteraan dan keamanan. Ia menjadikan kita insan yang lebih baik, lebih tenang, dan lebih berjaya di dunia dan di akhirat. Taqwa dan iman akan menghakis segala perasaan yang buruk dari hati kita. Ia menggantikan kebencian dengan rahmah dan kasih sayang.

  • Begitulah pesanan agama buat kita semua. Pedoman dan nasihat yang menjadi pegangan kita sepanjang zaman. Pedoman yang memberi penumpuan kepada pembangunan takwa di hati. Sepertimana sepohon bunga tidak akan berkembang mekar sekiranya ia berakar pada tanah yang kering dan tidak disirami air, begitu juga ketakwaan jika ia bercucuk tanam di dalam hati yang digelapi dengan kemungkaran serta tidak disinari dengan ilmu agama. Hanya melalui ilmu yang bertetapan dengan panduan Al-Quran serta nilai-nilai agama yang dibawa Nabi s.a.w., kita akan mampu untuk membina kesucian hati tersebut. Kerana pemahaman dan amalan agama seseorang, pasti akan mengikuti ilmu agama yang diperolehinya.