Menyucikan Hati daripada Sikap Sombong

  • Pada minggu lalu, kita telah sama-sama menghayati sifat kesabaran dan ketabahan Nabi Ayyub (a.s.) dalam menempuh ujian. Pada minggu, ini kita akan melihat pula kisah iblis yang enggan mendengar perintah Allah (s.w.t.) untuk sujud kepada Nabi Adam (a.s.).
  • Sombong adalah sifat yang tercela dan boleh meruntuhkan keperibadian murni seorang individu. Begitulah sikap iblis yang berbangga dengan dirinya sendiri lalu memandang rendah kepada orang lain. Tambahan dari itu, sikap sombong dan ego itu juga menjadi penyebab mengapa iblis merasakan hanya pandangannya sahaja yang benar. Dia tidak melihat kesalahan dan kekurangan yang ada pada dirinya tetapi hanya melihat kesalahan dan kekurangan pada diri orang lain.