Kehidupan Berkeluarga Mengamati Kehidupan Keluarga Nabi s.a.w.

  • Khutbah pada hari ini mengajak kita mengamati sebuah kisah yang padanya terdapat pelbagai teladan yang boleh dimanfaatkan bersama. Iaitu kisah kehidupan berkeluarga Nabi s.a.w., lebih khusus lagi kehidupan baginda bersama isterinya, Saidatina Khadijah r.a.

  • Saidatina Khadijah r.a. telah memainkan pelbagai peranan sepanjang kehidupannya bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan seorang peniaga yang berjaya, seorang isteri, seorang ibu kepada beberapa anak, dan pada waktu yang sama, beliau sangat aktif dalam menyokong usaha dakwah mulia Rasulullah s.a.w. Terlalu banyak jasanya yang telah dicurahkan untuk agama.

  • Melalui kisah serta hadith-hadith berkenaan Saidatina Khadijah, beberapa panduan berkenaan hubungan suami isteri dalam membina institusi keluarga yang utuh dapat dikenalpasti.