Tanggungjawab Terhadap Kedua Ibu Bapa

Terdapat pelbagai cara dan amalan yang boleh dilakukan seseorang sebagai usahanya untuk mencapai keredhaan Tuhan.

insan yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya akan menjadi individu yang paling beruntung. Kerana ia sebenarnya merupakan peluang untuk menambah sahamnya di akhirat. Menempah tempatnya di syurga abadi.

Peranan kita dalam menjaga ibu bapa dapat dijalankan dengan sebaiknya, sekiranya seluruh ahli keluarga memainkan peranan bersama dengan berkongsi tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa.