Kisah Nabi Musa a.s.: Bersyukur Disebalik Cabaran

  • Meskipun Nabi Musa a.s. bersama kaumnya berada dalam keadaan yang perit dan pahit, Baginda mengingatkan kepada kaumnya untuk bersyukur ke atas segala nikmat dan ketentuan yang telah Allah s.w.t. rancangkan buat mereka.

     

     

  • Bersyukur ketika diuji, sebenarnya merupakan satu tahap yang perlu diusahakan setiap individu mukmin. Ia mendorong kita untuk bermuhasabah diri, dan melihat kepada pelbagai nikmat yang Tuhan kurniakan, walaupun pada saat itu kita masih lagi diuji Tuhan. Ia menyedarkan kita bahawa disebalik setiap ujian itu terdapat banyak lagi kenikmatan yang kita nikmati dan kecapi.

     

     

  • Sungguhpun begitu, perjuangan dan usaha kita untuk mencegah penularan wabak ini masih belum berakhir lagi. Langkah-langkah pencegahan seperti menjaga kebersihan dan kesihatan diri, menjaga jarak selamat dan sebagainya perlu terus diamalkan. Kita tidak boleh mengambil ringan akan langkah-langkah penting ini kerana kita tidak mahu menimbulkan sebarang bahaya dalam masyarakat kita lagi.