Memperbaiki Hubungan Persaudaraan

  • Dalam kesibukkan menyambut kemeriahan Hari Raya ini, marilah kita bersama berusaha untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama kita. Sepertimana kita berusaha sepanjang bulan Ramadan yang lalu untuk mempertingkatkan hubungan kita bersama Allah s.w.t., begitulah juga sama pentingnya untuk kita bersilaturahmi serta menjaga hubungan sesama saudara.

  • Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan pada beberapa hadithnya bahawa seorang Mukmin itu tidak menzalimi saudaranya, tidak menganiayai saudaranya, tidak melontarkan fitnah sesama sendiri dan tidak juga membiarkan saudaranya terlantar dalam kesusahan tanpa menghulurkan sebarang pertolongan. Malah seorang Mukmin itu akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki hubungan bersama saudaranya. Dan sekiranya sesuatu hubungan itu telah terputus, beliau merupakan insan yang pertama yang berusaha untuk menjalikan semula hubungan tersebut.