Kesejahteraan Masyarakat - Memperkasa Golongan Remaja

  • Zaman remaja merupakan usia dimana kemuncak semangat dan motivasi terbit di dalam diri seseorang. Keinginan untuk melakukan perkara-perkara yang baru dan mencabar sering berlaku pada usia itu. Menurut ahli psikologi, usia remaja adalah waktu di mana seorang individu menuju ke arah ruang mandiri dalam sosialnya.
  • Islam sebagai pegangan agama kita, tidak menafikan gelojak perasaan itu, malah Islam telah memberikan panduan kepada remaja untuk mengawal dengan baik keinginan dalam diri mereka.
  • Di antara langkah-langkah awal pembentukan remaja yang dianjurkan Islam boleh dipelajari daripada kisah Luqman al-Hakim bersama anaknya. Himpunan nasihat beliau kepada anaknya amatlah sesuai dijadikan sebagai panduan untuk membentuk peribadi seorang remaja yang unggul.