Pengajaran Daripada Kisah Nabi Yusuf a.s.

  • Pada hari Jumaat yang diberkati ini, kita menyaksikan ketibaan bulan Muharram yang mulia, bulan yang diberikan penghormatan, bulan yang merupakan permulaan baru tahun Islam. Maka tanamkan tekad dan resolusi yang positif sempena permulaan tahun hijriyah yang baru.
  • Ketika kita berbicara tentang kesabaran, tidak dapat kita menafikan kepentingan menghayati kehidupan para Anbiya’, memandangkan mereka merupakan golongan yang telah banyak menumpuh ujian Allah s.w.t. Antara nama yang sering disebut-sebut dalam sejarah, adalah kisah kesabaran Nabi Yusuf a.s.
  • Kisah Nabi Yusuf a.s. memberi pengajaran kepada kita, akan erti dan maksud sebenar ujian dan juga kesabaran. Kadangkala ketika diuji tuhan, sebahagian individu mula mengeluh, bahkan mungkin ada juga yang menyalahkan takdir dan sebagainya. Ujian Allah tidak bererti bahawa Allah s.w.t. membenci, bahkan kadangkala sebaliknya. Kadangkala seseorang itu diuji sedangkan dia merupakan insan yang dikasihi Allah s.w.t. Adapula yang diuji sebagai kaffarah (penghapus) bagi dosa-dosanya yang silam.