Mengikuti Jejak Langkah Nabi Menyumbang Ke Arah Kebaikan

  • Nilai "memberi makan" atau menghulurkan bantuan mencerminkan nilai hubungan sesama manusia yang didasari keperihatinan yang mendalam. Nilai ini mendidik kita untuk saling prihatin dan bekerjasama dalam mengharungi kehidupan di dunia ini.
  • Dalam kita menyusuri jejak langkah Rasulullah dan mencontohi akhlak mulia Baginda dengan memupuk nilai “وَأَطْعِمُوا الطَّعَام” dalam menangani krisis kemanusiaan di bumi Palestin, Mimbar ingin mengajak para jemaah untuk menyumbang kepada Tabung Rayuan untuk bantuan kemanusiaan di Gaza. Sumbangan anda boleh dibuat sama ada secara dalam talian melalui lelaman sesawang RLAF atau ke dalam tabung-tabung yang disediakan di masjid-masjid mulai hari ini. Sumbangan sebegini adalah bukti dan manifestasi cinta kita kepada Rasulullah s.a.w., dan komitmen kita kepada kedamaian dan keihsanan walaupun pada saat yang mendukakan dan mencabar ini