Menyucikan Hati Sebelum Tibanya Ramadan

  • Kita sedia maklum bahawa kita semakin hampir kepada bulan Ramadan. Bulan yang mana Allah s.w.t. menjanjikan pelbagai keindahan rahmah, pengampunan, kebebasan daripada azab api neraka dan akhirnya kemanisan menghuni syurgaNya yang abadi.

  • Demi mencapai nikmat ganjaran yang luar biasa ini, adalah menjadi sunnah Nabi tercinta kita Nabi Muhammad s.a.w. dan ini kemudian telah disusuli oleh generasi solihin selepasnya untuk mereka menyediakan diri agar layak meraih semua janji Allah pada bulan itu.

  • Lihat sahaja kehidupan Nabi s.a.w. dengan para sahabat radiyallahu anhum. Bagaimana Nabi s.a.w. memperbanyakkan amalan pada bulan-bulan sebelum bulan Ramadan, seperti bulan Rajab dan juga Syaaban.