Menghayati Objektif di Sebalik Syariat Islam

  • Kita sama-sama telah diingatkan berkaitan kepentingan ilmu. Ilmu yang memperkenalkan kita kepada agama Islam. Ilmu yang membantu kita melihat keindahan ajaran dan syariat Islam.
  • Di sebalik suatu pensyariatan dan hukum-hakam Islam, terdapat objektif yang diberi perhatian dalam agama.
  • Jika kita merenung dan memahami ayat-ayat yang berbentuk hukum-hakam dalam al- Qur’an dan hadis Nabi (s.a.w.), pasti kita dapat melihat kemaslahatan di sebalik ayat atau hadis tersebut.