A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Uswatun Hasanah – Akhlak Mulia

  • Sebagai panduan bagi setiap individu Mukmin, sempena bulan Rabiulawal yang bakal menjelma tidak lama lagi. Bulan di mana kita menyambut kelahiran Nabi (s.a.w.) serta menzahirkan kesyukuran ke hadrat illahi di atas kurniaan ini. Maka khutbah sepanjang bulan ini akan mengupas tentang keperibadian Nabi (s.a.w.), untuk kita jadikan teladan dan ikutan.

     

     

  • Kita berusaha untuk mempelajari bagaimana Nabi bersama keluarganya. Layanan Nabi (s.a.w.) bersama isteri serta anaknya. Apakah panduan Nabi (s.a.w.) dalam kita hidup berjiran. Bahkan akhlak Nabi (s.a.w.) bersama teman mahupun lawan. Dan sebagainya.

     

     

  • Penghayatan aspek akhlak pada kehidupan beragama adalah penting untuk kita fahami. Kerana, akhlak yang baik tidak dapat dipisahkan daripada keimanan. Dari itu, kita menyaksikan bagaimana para ulama, seperti imam Al-Ghazali, memberi penumpuan khusus kepada kaitan antara ilmu, iman dan akhlak. Kerana melalui ilmu pengetahuan, iman dapat dipertingkatkan dan dipelihara.