Kisah Nabi Yunus - Mencari Hikmah Di sebalik Cabaran

  • Keimanan Nabi Yunus terhadap Allah (s.w.t) tidak pernah terjejas walau sedikitpun. Beliau tetap memuji dan mengagungkan Allah (s.w.t) sambil mengakui kelemahan dirinya sendiri. Inilah inti pati kehambaan yang sebenar. Bagaimana beliau sentiasa mengingati Allah lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan kepayahan yang teramat.
  • Sebagai manusia, ia menjadi lumrah kehidupan untuk sentiasa berhadapan dengan ujian serta cabaran. Derita kesedihan dan kekecewaan tidak lagi asing buat diri kita. Kehilangan orang-orang yang tersayang, masalah kewangan, mencari kerja dan sebagainya boleh membuat kita rasa ingin berputus asa. 
  • Akan tetapi pada saat-saat yang sangat sukar ini, jangan sesekali kita berpaling daripada Allah (s.w.t). Kerana Dialah cahaya yang membimbing kita sekaligus menjadi mercu tanda harapan kita. Jangan goyah dan jangan berputus asa. Bahkan, carilah keindahan dan hikmah di sebalik setiap dugaan dan cabaran.