Hijrah - Ke Arah Menghargai Pengorbanan Ibu Bapa

  • Apabila disebut tentang tahun baru hijrah ini, kita harus sedar dan akur bahawa hijrah bukanlah hanya bererti pemindahan dari satu tempat ke tempat yang lain, akan tetapi, sejarah penghijrahan Rasulullah (s.a.w.) secara menyeluruh harus diambil sebagai tauladan dan iktibar.
  • Dengan ketibaan tahun baru ini, seorang muslim hendaklah bertekad untuk sentiasa memperbaiki diri kepada kebaikan dan berusaha untuk meninggalkan segala larangan Allah (s.w.t.).