Sifat Baginda (s.a.w.) Yang Pertama : Sifat Mengutamakan Orang Lain Daripada Diri Sendiri

  • Keindahan akhlak Nabi (s.a.w.) jika dicontohi mampu membentuk keperibadian kita untuk menjadi seorang muslim yang sejati. Iaitu dengan mencintai insan lain, sepertimana ia mencintai dirinya sendiri.
  • Hati yang selamat atau suci tidak hanya bermaksud jiwa yang bebas daripada sebarang dosa, tetapi ia juga membawa erti hati yang bebas dari segala sifat yang tercela. Di antara sifat yang tercela adalah sifat mementingkan diri sendiri.