Menghayati Peristiwa Isra’ Mikraj

  • Kaum Muslimin akan mengingati peristiwa bersejarah Isra’ Mikraj pada tanggal 27 Rejab. Yang lebih istimewa lagi pada peristiwa itu, Nabi Muhammad s.a.w. dijemput oleh Allah sebagai tetamu terhormat, yang dikenali dengan peristiwa ‘Isra’ Mikraj’.

  • Jemputan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. menerusi Isra’ Mikraj, di antaranya bertujuan untuk menggembirakan hati Baginda, sekian lama berdakwah, Nabi tetap tabah menghadapi sebarang tentangan dan hambatan yang bertubi-tubi. Meneguhkan lagi keimanan, beristikamah dan hasil pengorbanan Baginda pada penghujungnya akan memperolehi kemenangan di dunia dan akhirat.

  • Apabila kita mengenang semula peristiwa Isra’ Mikraj, ianya tidak akan sesekali lopong daripada iktibar-iktibar yang boleh dijadikan sebagai tauladan.