Menggapai Kebahagiaan

  • Allah s.w.t. mengingatkan kita bahawasanya terdapat dua faktor yang merupakan perhiasan hidup yang boleh mengembirakan kehidupan hamba-hambaNya di dunia, yang pertama, harta, dan yang kedua, anak-anak.

  • Setiap yang bergelar insan itu pasti mendambakan kebahagiaan di dalam kehidupannya. Namun, ramai yang lebih cenderung dan bertanggapan bahawa kebahagiaan itu terletak pada kebendaan dan pencapaian fizikal semata-mata.

  • Jangalah kita membataskan definasi kebahagiaan, hanya kepada pencapaian material semata-mata. Kerana kebahagiaan material, seperti harta, pangkat dan sebagainya, ia hanyalah bersifat sementara.  Seorang Mukmin, diajar agamanya untuk menitikberatkan keseimbangan pencapaian dunia dan akhirat.