Kisah Nabi Musa a.s.: Kesungguhan mencari Ilmu

  • Sikap merendah diri itu sangat penting dalam perjalanan kehidupan kita. Dengan sikap ini, kita akan lebih terbuka untuk mempelajari sesuatu. Kita tidak akan merasa cukup dengan apa yang sudah kita ketahui. Kita akan menghargai setiap ilmu yang dipelajari kerana ia menambahkan lagi pengetahuan kita dan meluaskan lagi minda serta fikiran kita.

     

     

  • Hendaklah kita juga memastikan bahawa kandungan keagamaan yang diperolehi dan dikongsikan itu adalah sesuatu yang mendorong kepada kebaikan, dan disampaikan oleh asatizah yang bertauliah.

     

     

  • Allah s.w.t. tidak menciptakan manusia di muka bumi ini bebas dari sebarang ujian dan cabaran. Allah s.w.t. juga tidak membebankan kita dengan sesuatu yang tidak dapat kita tanggung. Ujian dan cabaran yang sedang kita lalui ini sebenarnya untuk menguatkan lagi daya tahan kita agar kita dapat bangkit untuk menjadi lebih baik lagi.