Panduan Agama Berkaitan Kesucian Hati

  • “Berwaspadalah! Sesungguhnya di dalam jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasad, dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah (yang dimaksudkan) itu adalah hati”. [Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim].
  • Jelas daripada hadith yang disebutkan ini, bahawa kesucian hati itu menjadi punca dan sebab utama ketaqwaan itu subur dan berkembang dalam diri seseorang. Sepertimana sepohon bunga tidak akan berkembang mekar sekiranya ia berakar pada tanah yang kering dan tidak disirami air, begitu juga ketakwaan tidak akan subur, jika ia bercucuk tanam di dalam hati yang digelapi dengan kemungkaran dan tidak disinari dengan ilmu agama.
  • Begitulah kedudukan orang-orang yang berakhlak mulia – yang datangnya daripada hati yang bersih dan suci. Allah s.w.t. mengurniakan kepadanya bukan sahaja syurga, akan tetapi syurga yang berdekatan dengan Nabi Muhammad s.a.w. Maka berusahalah saudaraku, untuk sentiasa menjaga dan membersihkan hati ini daripada segala noda dan dosa. Semoga Allah s.w.t. memberkati kita dengan kekuatan untuk senantiasa membersihkan hati kita daripada segala macam kemunkaran.